Entri Terkini :

Sinopsis : Setia Untuknya


Assalamualaikum rakan2 blogger dan juga rakan2 pembaca MAOB. Untuk beberapa hari ni aku tak aktif sangat update blog kerana sibuk kut. Iyalah kan aku pun ada tanggungjawab yang mesti aku settlekan dulu. Baiklah sini aku nak gitau la serba sedikit berkenaan sinopis cerita Setia Untuknya. Ada rakan-rakan reader bertanya cerita ni tentang apa? Genre apa? Dekat sini aku nyatakan ia merupakan genre komedi romantik. Aku tak tahulah sama ada pembaca dapat rasa komedi romantiknya setakat ni. Maybe reader tertekan kut baca cerita tu untuk setakat ni.

Aku start tulis cerita ni tahun lepas lagi kut dan sampai sekarang aku masih tercari-cari idea seterusnya untuk diserapkan ke dalam chapter. Jika ada idea aku akan terus tulis. Maklumlah ringkasan ceritanya ada tapi nak kena ada perisa juga kan? So sinopsis cerita ni sebenarnya macam ni....

Watak utama cerita ni adalah Ayuni Najwa berusia 24 Tahun. Dia ni dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya biarpun hatinya telah lama dicuri oleh Aqil Akasyah yang merupakan senior kolejnya dahulu. Dalam pada itu, Ayu berkawan baik dengan seorang minah tomboi menjadi rakan serumahnya sehingga timbul tanggapan negatif daripada pelbagai pihak khususnya mama Ayu iaitu Datin Adibah.

Ada lagi satu hal, iaitu dia terpaksa berhenti kerja kerana ada perkara berlaku di tempat kerjanya dan terpaksa pula bekerja dengan syarikat papanya sendiri. Ayu tidak suka bekerja di syarikat papanya itu kerana di situ ada sepupunya iaitu Amran. Ayu rimas terhadap Amran yang merupakan lelaki yang suka berfoya-foya serta gemar mempermainkan hati dan perasaan perempuan.

Sebelum Ayu pulang ke Johor, dia sanggup berpindah rumah semata-mata ingin melihat aktiviti hidup Aqil Akasyah jejaka yang telah menawan hatinya tetapi dia tidak pernah menyebutkan kata cinta. Ayu mengharapkan cinta daripada jejaki itu tetapi jejaka itu seolah-olah selalu mengelak daripada kenyataan. Adakah perkahwinan paksa yang terjadi menjamin kebahagiaan Ayu? Atau dia terpaksa akur terhadap keputusan mamanya yang mengatur hidupnya? Adakah Aqil Akasyah mampu merebut cinta Ayu daripada lelaki yang bakal menjadi suami Ayu setelah mengetahui hal yang sebenar? Itulah kisah yang perlu kita terokai bersama-sama.

Terdapat beberapa watak sampingan yang membantu perjalanan watak utama ini. Korang akan jumpa watak-watak itu apabila membacanya daripada bab awal. Aku tak berani jamin sama ada cerita ni menarik atau pun tak kerana korang sendiri yang mampu menilainya dan bukannya aku yang tidak tahu sama sekali. Kalau kroang bersimpati terhadap aku maka beritahu aku berkenaan cerita tersebut, best atau pun tidak. Itu sahaja harapan aku.

Okey, itu sahaja ringkasan cerita itu, nanti akan aku update sinopsis yang lebih detail lagi agar korang faham akan jalan ceritanya. Selamat membaca (^_^)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.