Entri Terkini :

Scanning Virus Di PC

Apabila PC anda terkena jangkitan virus dan antivirus anda pula disable secara automatis gara-gara virus telah menganggu perjalanan sistem antivirus anda, apa yang perlu anda lakukan? Terdapat banyak cara untuk anda melakukan scanning virus ni. Anda juga boleh scan melalui online. Taip sahaja di google scan online virus free dan terdapat banyak pilihan percuma.


Jika anda tidak  tahu untuk menggunakan Command Prompt untuk mencari sistem file yang dijangkiti virus maka dengan cara tersebut dapat dilakukan. Tidak semua virus berjaya dikesan secara menual tambah lagi apabila ia berada di dalam sistem program komputer anda serta sistem windows itu sendiri. Ini adalah plan A mengesan virus. Jika tiada pilihan lain maka anda terpaksa format PC anda. Tapi sebelum melakukannya lebih baik kita scan dulu, mana tahu PC anda masih dapat diselamatkan daripada terus format.

Untuk kepastian lebih lanjut lagi, jika anda mempunyai PC tambahan yang tidak dijangkiti virus, Install antivirus version terbaru pada PC tersebut dan jadikan hard disk PC yang terkena jangkitan itu sebagai external hard disk anda. Anda perlu cabut hard disk itu dan masukkan ke dalam PC yang satu lagi. Anda boleh scan menggunakan antivirus yang anda install itu. Tapi harus diingat, anda dinasihatkan jangan pernah membuka partition external hard disk anda itu supaya PC yang menjalankan proses scan itu tidak terkena jangkitan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.