Entri Terkini :

Mati BERDIRI dihimpit lori

 

[HM] KUALA LIPIS: Akibat dipercayai gagal menarik brek tangan, seorang pemandu lori hantu terpaksa menempuh azab hampir setengah jam sebelum disahkan meninggal dunia apabila tersepit antara pintu lorinya dengan sebatang pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, Jalan Felda Telang Satu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 2.20 petang itu, mangsa, Lau Hon Yong, 53, dari Mantin, Negeri Sembilan menemui ajal di tempat kejadian selepas kepala dan perutnya tersepit.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kerosakan kenderaan berat berkenaan tanpa menyedari lori itu bergerak sendiri secara perlahan dan hanya terhenti selepas menghimpit mangsa yang ketika itu tersandar di batang pokok sawit berdekatan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu disedari pekerja ladang yang mendengar jeritan mangsa sebelum menghubungi Balai Polis Trafik Lipis.

Menurutnya, sepasukan anggota polis dengan bantuan orang awam mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara pintu lori dengan pokok sawit berkenaan.


Berita semalam : 16 Mac 2012, dan reaksi orang yang mendengar dan melihat tajuk berita itu semalam di facebook.


Macam-macam ucapan tercoret di ruang komen apabila berita itu disiarkan dekat FB dan yang buat orang terfikir adalah komen dekat bawah ni.... komen seterusnya...


P/s : Jadi, kita ni sebenarnya bagaimana? Adakah kerana orang yang posting tak letak nama si mati tu ke menjadi punca ucapan sedemikian wujud atau memang orang yang komen tu tak suka baca metro? ::: hik3x :::

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.