Entri Terkini :

Novelis : Hasrudy Jawawi Muncul Dengan Karya Terbaru

Setelah karyanya berjudul Cucur Bawang Dan Kopi 'O' mendapat sambutan hangat dan menduduki carta Best Seller berminggu-minggu di Popular mahupun di MPH sehingga aku mendapat berita, karya tersebut sudah diulang cetak (lupa dah kali ke berapa) tapi memang diulang cetak. Semenjak dari itu nama Hasrudy Jawawi terus gah di pesada seni penulisan tanah air kita. Beliau seorang penulis yang berdedikasi dan cekal menulis meskipun menghadapi pelbagai cabaran. Segala cabarang yang diterima bukan tidak menjadi batu penghalang untuk beliau terus gigih berkarya.



Seorang penulis yang memiliki Diploma Pengurusan Lanskap gigih berusaha menerpa kejayaan demi kejayaan. Katanya, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha keras. "Jika kita menulis, maka menulislah dari hati." katanya lagi.

Karya terbaru beliau berjudul Cinta Awek Dan Pakwe berada di pasaran edisi MAC 2012 ini, terbitan Buku Prima. Jangan lupa dapatkannya nanti Insya-Allah terdapat banyak ilmu dan pengalaman yang cuba dikongsikan oleh penulis yang berusia 26 Tahun ini.


Untuk lebih info mengenainya, anda boleh ke laman blog saudara penulis karya ini secara terus dengan klik link ini [Rudi-Zone]

p/s : kejayaan Hasrudy Jawawi seorang penulis lelaki telah membuktikan bahawa penulis lelaki juga mampu menulis dengan baik. Hasrudy Jawawi memiliki auranya tersendiri dalam penulisan...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.