Entri Terkini :

FB? Owh! Please...


"Ternyata kian banyak pembaharuan yang fb dah buat... semakin lama ia semakin menjengkelkan" (OMG! What?!!)

fb? owh please....

Sejak akhir-akhir ini, perubahan wajah Facebook kian berubah. Dari semasa ke semasa ada sahaja yang nak diubahnya. Ada kalanya terasa amat menjengkel ketika menerima perubahan yang tidak memberikan impak baik yang besar kepada pengguna. Aku tahu pihak fb buat semua tu demi kepuasan pengguna agar tidak memilih laman sosial yang lain. Come on.... fb kan top rangking so just fikir macam mana nak kekalkan pengguna yang sedia ada kemudian mantapkan perubahan yang tidak menyusahkan. Fb sekarang tak seringan dulu. Loding page pun dah berskala besar. Kasian untuk orang yang low connection internet.

Aku tak tahu apa kehebatan Time Line yang depa duk buat tuk. Aku pening kepala nengoknya. Udah ler penuh dengan status yang berpindah2 tempat, ala-ala duk langkah naik tangga. Kemudian siap ada tahun bagai supaya leh tahu status tu tahun bila dipost. Setiap pengguna dibekal storage masing2, wah hebat sungguh, cume why berat sangat? Mabuk aku duk tengok picture bersaiz besar, tang perut tang jerawat, tang jeragat semua nampak dah,,, tak surprise lagi... huhuhu :p

Dah maju, besar kepala la kut, ahaks. Walau bagaimanapun aku masih lagi lepak dekat facebook biarpun facebook sekarang dah buat perubahan sesuka hati tanpa memikirkan perasaan pengguna. Bagi la pilihan dekat pengguna dan tak payah la duk main paksa cenggitu, hujung bulan ni fan page pun akan diubah secara automatik kepada Time Line katanya. Huhuhu aku tak tahu nak kata apa lagi kerana bukan aku pun yang berkuasa ke atas FACEBOOK tu, Hehehe~ Mungkin ada kebaikan yang hendak ditonjolkan oleh depa kut. Mungkin kita pertama kali mengalaminya kut jadi macam tak biasa... bila dah lama nanti okey kut... huhuhu

Facebook oh facebook, Fb Logout

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.