Entri Terkini :

Awas! anda sedang diperhatikan - dunia penulisan

Meraih populariti bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan usaha gigih. Kegigihan itulah akan menempatkan kejayaan seseorang dipuncak yang tertinggi. Namun ada kalanya sikap alpa atau leka dengan populariti yang dikecap itu mampu mengundang seribu satu macam masalah. Sebagai contoh apa yang kita lakukan menjadi perhatian.

Di sini bukan nak bercerita tentang artis. Dunia artis seringkali diperkatakan dan diperdebatan di pesada dunia maya. Laliku mendengarnya tetapi masih lagi mengambil peduli kerana ia tetap berada di dalam lingkaran kehidupan kita. Sebagaimana hidup ini memerlukan satu langkah demi langkah, maka kita tidak boleh berasa jemu. Tanpa usaha yang berterusan manakan dapat menggapai bintang.

Dunia penulisan adalah satu dimensi hasta kucupan sayang di antara penulis dan pembaca. Jalinan ini sudah lama terjalin cuma sekarang ia perlu diperkukuhkan. Bahan bacaan merupakan medium penyampaian matlumat. Ia merupakan momentum penting dalam kacukan realiti dan fantasi. Otak adalah kotak filem yang memutarkan baris ayat demi ayat menjadi satu jalan cerita untuk dihayati. Salah mentafsirkannya maka salah faham akan berlaku dan begitu juga sebaliknya.

Ramai yang tidak menyedari bahawa penulisan bukan sekadar mengisi ruang dan luang tetapi penulisan juga mengajak kita untuk sama-sama berfikir akan kesudahan pada baris ayat yang terakhir. Jika di disudahkan dengan persepsi positif maka minda kita akan terdedah pada sikap keterbukaan. Bukan hanya ditauladani bahkan iktibar juga dapat diserapkan ke dalam jiwa. Dengan gaya dan susunan ayat, kosa kata dan pembedaharaan kata memainkan peranan penting dalam menyapaikan sesuatu. Selang beberapa baris dalam hidup, ayat adalah perantaraan di antara hati dan otak. Ayat yang baik adalah ayat yang dibakulkan dengan kuantiti nilai murni. Timbangan pada berat pengalaman adalah sejajar dengan berat penceritaan. Oleh itu sang penulis adalah menteri yang berkebajikan membentuk nilai masyarakat di dalam dunia dimensi itu sendiri.

Jika penyampaian semudah 1,2 dan 3 atau A, B dan C dapat difahami dengan mudah maka seseorang penulis itu memiliki pengikutnya yang tersendiri. Apabila peminat semakin bertambah dan tanggungjawab semakin besar adalah dingatkan supaya berhati-hati dengan segala tindak-tanduk anda kerana setiap patah perkataan yang anda keluarkan akan menjadi perhatian secara senyap. Hal ini berlaku kerana ada segelintir daripada kita pasti tidak senang dengan kebolehan dan kelebihan yang anda miliki. Maaf sekiranya penulisan yang tidak relevan akan mengundang musuh dalam selimut.

Lantaran itu, wajib bagi anda untuk bersikap profesional dan rasional dalam setiap tindakan. Mereka tidak akan duduk diam selagi anda masih bertakhta. Mereka juga tidak akan senang dengan apa yang anda miliki. Ketahuilah bahawa dalam dunia ini bukan untuk orang yang baik-baik sahaja. Oleh sebab itu sebagai seorang penulis belek semula lembaran niat anda sewaktu mula melangkah dahulu. Jika ia adalah demi sebuah riya` maka kuburkan impian dan ratakan semula tanah angan-angan, kemudian pajak dan gadai pada keimanan dan ketaqwaan. Usai muhasabah diri maka berdoalah agar ditabahkan hati dan kuatkan semangat kerana kejayaan bukan mudah untuk dimiliki dan apabila ia dalam genggaman maka bajai dengan ketulusan dan keikhlasan.

Jangan pernah merungut. Rungutan bukanlan asas sebuah kejayaan bahkan ia adalah makhluk perosak yang akan menzalami sifat rajin anda. Ia akan menghapus cita-cita dan meranapkan bumbung minda yang selama ini menjadi perkara pokok untuk otak berfikir. Marilah sama-sama kita renungi kejayaan mereka yang terdahulu... apa yang mereka mampu berikan dan bukan mengharapkan apa yang patut mereka dapat. Hadiah sebenar untuk seorang penulis adalah ketenangan dan bukannya banjir puji-pujian. Ingatlah bahawa kita selalu diperhatian. Maka kasih dan sayanglah sesama kita untuk saling ingat mengingati.

"Allah tidak menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia lain."
(HR: Al-Bukhary dan Muslim)

p/s : aku juga mengingatkan diriku sendiri.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.