Entri Terkini :

Adakah keputusan SPM anda kurang memuaskan?



Bagi adik-adik lepasan SPM yang pergi mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada hari ini dengan harapan mendapat keputusan yang terbaik dan cemerlang namun rezeki tidak berpihak kepada adik adalah perkara yang amat mendukacitakan. Sungguhpun begitu, jangan cepat berputus asa wahai adik-adikku. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Walaupun ketika kita menduduki peperikasaan, adik-adik sudah melakukan yang terbaik tetapi akhirnya keputusan yang diterima agak mengecewakan. Nanti dulu adik, lebih baik kecewa sekarang dari terus kecewa di masa akan datang.

Bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang tahniah MAOB ucapkan. Semoga terus sukses di masa akan datang. Kepada adik-adik yang meruntun hatinya kerana kcewa dengan keputusan yang diterima tidak sebagaimana mereka yang tersenyum mekar itu, usah benamkan hati adik-adik dilubuk hampa, bangkit dan terus bangkit. Jangan fikir peluang untuk adik berjaya sudah terkunci rapat. Yakinlah bahawa Allah SWT tidak meletakkan nasib adik-adik pada dasar yang paling bawah melainkan sekiranya adik-adik sendiri yang menentukannya.

Peluang untuk adik-adikku melanjutkan pelajaran masih terbuka luas. Jika adik gagal dalam bidang akedemik, adik MESTI meneruskan kecemerlangan di dalam bidang kemahiran pula. Jika adik tidak berusaha sampai bila-bila pun adik tidak akan berjaya. Pasang niat yang betul di dalam HATI, "AKU MESTI BERJAYA, DAN AKU AKAN BERJAYA!" Selain itu adik mestilah berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

Mungkin adik tidak dapat masuk ke IPTA dan IPTS yang terkenal kerana kelayakan minima yang diperoleh tidak setaraf dengan kehendak mereka. Jangan mengeluh dahulu. Di sini, adik boleh memohon untuk pengajian dalam bidang kemahiran. MARA adalah pelung terbaik adik.Siapa kata bidang kemahiran tidak mampu menjamin masa hadapan adik? Zaman sekarang, pihak majikan lebih mengutamakan kebolehan dan kemahiran adik dalam bekerja. Pokoknya, bolehkah adik melakukannya dan mengisi peluang pekerjaan dalam industri di Malaysia ini?

Maka dengan itu, adik mestilah berfikir, "Apa yang aku minat?" Tanya pada diri adik apa yang boleh adik lakukan? Jika adik mempunyai hobi dan minat pada kereta atau sebarang jenis enjin, adik boleh lihat sejauh mana diri adik boleh melangkah dalam bidang automatif. Sekiranya adik suka pula pada pendawaian elektrik jadi adik boleh mula melangkah dalam bidang elektrikal mahupun elektronik. Asasnya, adik mestilah tanya pada diri adik sendiri dan jangan bertanya pada orang lain tentang pendapat mahupun adik cuba ikut-ikut mereka. Jaminan kebolehan bukan pada ikutan tetapi pada keinginan. Orang yang berkebolehan adalah seorang yang benar-benar yakin pada kehendak dirinya yakni mempercayai kelebihan yang dimilikinya itu akan menjamin masa hadapannya. Oleh itu usaha yang keras mesti dilakukan agar masa hadapan yang cerah memberikan peluang untuk adik merasa selesa. Jangan fikirkan soal masalah, kerana di mana-mana sekalipun adik berada, masalah tetap ada.

Ramai usahawan di luar sana sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Apabila ditanya "Apakah taraf pendidikan anda?" Ada di antara mereka menjawab, "Saya belajar dalam bidang kemahiran." Katanya dan bila ditanya lagi, "Sebelum bidan itu diceburi apa pula taraf pendidik anda?" ada yang menjawab, "Saya mempelajari teorinya sahaja." Jadi teori dan kehamiran adalah sama penting namun dalam industrti sekarang, majikan mahu, "Apa yang boleh kamu berikan untuk memajukan syarikat?" Apa adik nak jawab? Adakah adik nak jawab "Saya akan cuba?" Atau "Saya boleh tingkatkan peristasi kerja saya dan sekaligus memberikan keuntungan pada syarikat." Mungkin ini jawapan adik. "Apa yang boleh kamu buat untuk dapat kerja ni?" dan "Pengalaman kerja kamu bagaimana?" Saat ini pasti adik-adik gugup tetapi apabila adik sudah didedahkan dengan latihan maka jawapan adik mudah sahaja. "Ya! Saya berpengalaman."

Objektifnya mudah sahaja, jika adik mahu, adik mesti usaha. Subjektif pula, dari mana adik hendak bermula? Seperti yang dikatakan tadi, banyak institusi yang membangunkan mereka yang lemah dalam bidang teori tetapi peka pada kemahiran maka adik boleh memohon untuk masuk ke dalam institusi atau institut berkenaan. Sebagai contoh, Giat MARA. IKM, ILP, Kolej KOMUNITI, IKBN. Mereka boleh membantu anda bagi melatih anda dan memperlihatkan bakat dan kemahiran anda yang tersendiri. Di sana terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan dan adik-adik boleh memilih kesesuaian mengikut minima peruntukan keputusan. Ia tidaklah seperti memohon masuk ke University of Oxford pun... memadai dengan kesungguhan adik-adik.


Adik-adik kena faham apa itu kemahiran dan apabila adik mengerti akan maksudnya maka adik mesti bermula dari sekarang dan jangan tunggu sampai esok. Esok belum tentu peluang untuk adik. Jadi, rebutlah peluang yang ada pada hari ini untuk mencari haluan adik pada masa hadapan.

Di sini ingin dijelaskan bahawa, MAOB sendiri juga berada di landasan kemahiran dan sedikit sebanyak dengan mempelajari asas kemahiran maka kita akan nampak jalannya. Ada di antara mereka yang berjaya sudah bergelar Professor dan memiliki perniagaan sendiri dengan usaha dan produk tersendiri. Tidak hairanlah sekiranya taraf kehidupan mereka meningkat hari demi hari. Maja input yang baik boleh ditimba jika kita sering mendengar dan mengambil tauladan dari kisah-kisah mereka. Menimpa pengalaman adalah sesuatu yang sangat berharga dan kita MESTI memperbaiki kelemahan yang ada dan mengubahnya menjadi faktor pemangkin kecemerlangan kita di hari kelak.

Namun, semuanya terserah pada diri adik sendiri. Jika adik ingin BERJAYA maka berusahalah dari sekarang. MAOB juga berpesan pada diri sendiri agar terus berusaha dan meningkatkan produktiviti agar kemajuan dapat dicapai. Jika adik bermasalah atau ada pertanyaan, adik boleh kemukakan pada ruang komen. Jika adik tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama adik, maka adik boleh emailkan kepada kami. Miqaelarshad@gmail.com dan MAOB akan memberikan beberapa tips untuk adik apabila adik sudah mula belajar di dalam bidang berkenaan. MAOB pun masih belajar lagi dalam Bidang USAHAWAN TEKNO. Baru je memulakan langkah pertama dalam perniagaan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.