[Cerpen]
Aku dengannya hanya bertemu sekali sahaja itu pun bermula di dalam bas. Renungan pertama mengamati riak wajahnya yang selamba. Kebetulan di dalam bas yang sama. Ketika itu pulang dari majlis konvesnyen perwakilan pelajar. Pada waktu itu ia diadakan di Pekan, Pahang. Pertemuan pertama itu sungguh bermakna sehingga aku seringkali membayangkan dirinya benar-benar wujud di hadapan mataku.
Saat di dalam bas, aku berada tidak jauh darinya. Dengan beraninya aku cuba bercakap. Cuba berkenalan biarpun aku tiada modal paras rupa. Sesungguhnya rasa suka telah membawa hati aku untuk dekat dengannya. Sekeping kertas aku keluarkan dari poket bajuku bersama sebatang pen.
"Assalamualaikum." Salam aku hulurkan. Dia duduk di seat hadapan aku. Aku berada di seat belakang. Aku mengharapkan salam aku mendapat respon kerana sebelum itu aku telah mendapat satu respon yang kurang menyenangkan dari seorang perempuan yang lain. Perempuan itu langsung tak layan. Aku sedar siapalah diriku ini untuk dibandingkan dengan dirinya. Sekarang gadis bertudung yang aku tegur tu berpaling.
"Wa`alaikumussalam." Wah! dia jawab salam aku. Bertuah sungguh. Tapi aku tak tanam harapan agar dia layan aku kerana bagi aku, diriku sukar untuk ditegur oleh perempuan. Barangkali aku tak ada pakej kut.
"Balik mana?" Soalku.
"Marang." Aisey... dia nak balik Marang.
"Sehaluan kan. Best tak majlis tu?" Soalku lagi yang memulakan bicara tanya itu dan ini. Aku fikir dia tak nak jawab kut memandangkan dia senyap seketika.
"Okey je." Katanya.
"Nama saya Rasyid. Nama awak?"
"Nama saya Ima." Cantik gak namanya. Secantik orangnya.
Aku dah mula nak borak-borak dengannya kerana dia bagi srespon positif. Senyuman manisnya membuatkan jantung aku macam nak gugur aje. Alahai kenapa aku boleh rasa macam ni? Mungkin inilah rasa normal. Aku pun hukurkan kertas dan sebatang pen padanya.
"Apa ni?"
"Boleh awak turunkan tandatangan awak dan nama awak sekali. Saya nak buat tanda kenangan." Beritahu aku dan memang itulah niat aku kerana aku nak simpan kenangan tu setelah berkenalan dengan para perwakilan pelajar yang lain. Aku tak sangka pulak dia ni peramah orangnya. Tanpa banyak tanya dia pun ambil dan terus tulis. Apa yang best....
"Nak nombor telefon sekali ke?" Soalnya pada aku. Ima siap bagi respon macam tu. Kalau dah nak kasi boleh kut, tapi aku tak harap sangat cuma kalau dia kasi itu satu bonus. Aku pun tengok dia catit nombor telefon bimbitnya di atas nota tu. Hati aku melompat riang. Kalau aku melompat betul-betul nanti jadi sewel pulak.
"Terima kasih." Aku senyum dia pun senyum. Hati lelaki aku cair beb.
Akhirnya Ima kasi nombor telefon. Sesudah aku dan dia berpisah dari kenderaan itu. Aku jadi rindu. Rindu yang teramat dalam padanya. Kala malam sebelum tidur aku perhatikan sahaja buku nota tu. Tak berani aku nak telefon dia. Aku fikir yang bukan-bukan. Aga-agak dia layan tak kalau aku call? petanyaan dalam kepala aku berbicara. Aku tak call jugak. Aku tak berani. Satu benda je yang aku kurang senang. Adakah dia sudah milik orang lain?
Tidak lama selepas tu aku beranikan diri hantar SMS. Dia bagi respon, aku pun senyum bahagia Ima... aku tak sangka kau balas sms aku. Tapi aku tak yakin dengan diri aku. Aku mendiamkan diri kerana perasaan aku sudah menyatakan dia sudah ada yang punya.
Beberapa bulan kemudian, aku call dia kerana rindu aku terbawa aku ke situ, aku ke tempat di mana majlis konvensyen pernah berlangsung. Automatik aku ingat dia so aku call dia. Di situlah bermula... kini aku dan dia menyambung persahabatan tapi....
"Saya dapat tawaran belajar di Australia." Beritahunya di hujung talian telefon. Aku sedikit kecewa kerana aku akan berjauhan darinya selama dua tahun. Aku hanya sekali bertemu dengannya dan takkan sekali itu sahaja? Tak apalah, dia dapat sambung belajar dekat negara orang. Apa yang aku mampu lakukan hanya doa untuknya semiga dia berjaya. Amin....
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)