Entri Terkini :

Setia Untuknya - 11

Entri kali ni adalah entri yang belum diedit sepenuhnya. Mata dah ngantuk sangat ni jadi sempat jugalah taip citer bab 11 ni kerana tak nak menghampakan reader yg sy sayangi... Sorry klu ada yang tak kena ye... Selamat membaca...

Bukan main seronok Nora memilih pakaian. Sehelai baju ditunjukkan kepada Chad dan Chad menggeleng menandakan ia kurang sesuai. Lagi sekali baju yang lain pula dipilih dan jawapannya juga sama. Chad dah lenguh berjalan. Dari butik terus ke Parkson. Dari Parkson dicari pakaian ke tempat yang lain pula. Di tangan Chad penuh dengan beg plastik pembelian barang-barang Nora. Perempuan kalau dah shopping tak ingat dunia, hati Chad berkata-kata.
Usai dipilih baju maka Nora ingin mencubanya pula. Begitu lama waktu yang diambil, mahu Chad tak lenguh berdiri macam patung. Mengeluh Chad diluar bilik persalinan. Selepas sepuluh minit berlalu Nora pun keluar.
“Macam mana dengan yang ni?” Tanya Nora. Kali ini Chad tak nak menggeleng lagi. Kalau dia terus menggeleng nanti makin lama waktu yang diambil oleh Nora.
“Okey.”
“Mana okey, rasanya corak bunga ni tak sesuai kut.” Jawab Nora sendiri. Nora pun masuk semula ke dalam bilik itu. Chad terus tepuk dahi. Berkerut rapat dahi Chad mengenangkan sikap yang Nora tonjolkan. Baru dia tahu siapa Nora sebenarnya. Nora seorang yang sangat memilih dan seorang yang sangat boros. Pembelajaan yang dibuat semuanya melalui kad kredit.
Pintu terbuka semula dan terpacak Nora di hadapan mata Chad yang hampir-hampir nak pengsan. Nora ni biar betul? Chad dah terbelalak biji mata. Cepat-cepat dia alihkan.
“Yang ni?”
“Kalau pilih pakaian yang tak seksi tak boleh ke?” Chad tidak setuju dengan potongan skirt yang dipakai oleh Nora.
Nora terus memuncungkan mulutnya seolah-olah kesal dengan jawapan yang Chad berikan tetapi itu Chad tak peduli. Bukannya cantik sangat pun pakai skirt. Ia akan membuatkan lelaki seperti Chad rasa nak muntah sahaja. Chad tak suka gadis berpakaian seperti itu kerana ia begitu menjolok mata. Bukan ke lebih elok sekiranya Nora berpakaian sopan dan tidak begitu seksi. Chad pun hairan kenapa Nora mahu mengubah penampilannya. Chad sendiri pun tak faham.
Nora masih terus menayangkan pakaian itu dengan menggerakkan tubuhnya di hadapan Chad yang enggan menonton keadaan Nora sekarang ni. Bagi Chad ia terlalu sensitif. Untuk apa Nora buat macam ni? Chad dah menggeleng.
“Kan cantik ni.” Ujar Nora.
“Sebelum ini lagi cantik.” Balas Chad.
“Abang ni…” Nora merajuk. Chad menjulingkan mata. Nora terus berpaling dan dengan laju dia meluru masuk ke dalam bilik semula. Usai itu dia memakai yang pakaian asal. Nora melangkah laju menunjuk perasaan rajuk. Chad kejar langkah Nora.
“Nora, kenapa ni?” Tanya Chad lembut biarpun di tangan penuh dengan beg-beg plastik itu.
Nora tak menoleh dan langkah semakin disusun laju. Chad berusaha mengejar Nora yang tersentap. Betul la apa yang Chad cakap. Dan betul juga apa yang Chad beritahu tentang tahap keseksian. Jika Nora mahu berpakaian sekalipun pilihlah pakaian yang kena dengan ciri-ciri seorang wanita Muslim.
Chad tahu biarpun kini zaman moden tetapi bentuk dan rekaan mestilah sepadan dengan arus perdana. Janganlah pula ia kelihatan ketat dan membuatkan lelaki terasa mual. Mungkin ada yang suka mengambil kesempatan untuk cuci mata tetapi bukanlah Chad orangnya.
Nora membawa langkahnya masuk ke KFC. Nora terus duduk di kerusi yang kosong. Chad ikut ke mana Nora pergi. Memang payah nak pujuk perempuan yang merajuk terutama sekali Nora si gadis yang berusia dua puluh dua tahun itu. Jika diukur dari paras rupa, Nora memang cantik cuma sikap Nora itu membuatkan Chad tidak berapa berkenan.
Chad letak barang-barang Nora di atas kerusi di sebelahnya. Nora yang berada di hadapan masih melarikan pandangan mata. Merajuk lagi. Hati masih panas agaknya.
“Nak order?” Tanya Chad yang masih berdiri. Nora buat tak tahu. “Nak tak?” Nora masih diam dan terus menopang dagu.
“Erm.” Hanya itu yang terkeluar dari mulut Nora.
“Selepas minum kita pergi tengok wayang pulak, nak? Cerita apa Nora nak tengok?” Chad memancing Nora dan dia cuba memujuk.
“Hurm…” Nora mengeluh sekilas memandang Chad.
“Baiklah, Nora tunggu sini okey.” Pesan Chad dan terus beratur untuk membuat pesanan.
Hari minggu yang sungguh menyeksakan Chad namun Chad tidak menzahirkan kebosanannya tetapi hanya menurut sahaja. Ada kalanya dia membangkang mana yang perlu akan tetapi Nora pula yang terasa. Mungkin Nora masih tidak mengerti diri Chad yang sebenarnya.
Chad ditolak oleh seseorang ketika beratur. Lantas Chad terus menoleh. Terbuntang mata Chad melihat lelaki yang berada di belakangnya.
“Kau potong turn aku!” Marah lelaki tu. Chad mana tahu dia memotong barisan orang lain. Tadi tak ada sesiapa pun kecuali terdapat dua orang lain di hadapan sedang menunggu giliran.
“Mana ada.” Jawab Chad. “Tapi kalau kau nak tempat ni silakan.” Chad lebih rela mengalah.
“Kau?” Amran mengecilkan anak mata. “Kau yang tumpahkan sup panas dekat badan aku kan?” Amran mengingatkan Chad dan Chad mengeluh kesal.
Kenapalah aku ditemukan dengan mamat ni lagi? hati Chad berkata-kata kecewa. Chad berundur dan berdiri di belakang Amran. Dia memberikan laluan untuk Amran bukan kerana dia takut tetapi dia tak nak timbulkan masalah di premis itu dan dia tahu Amran bersikap panas baran.
“Kau dengar tak soalan aku?” Amran bertanya lagi setelah menoleh ke arah Chad yang tertunduk sambil memasukkan tangan ke dalam peket seluar jeans biru.
Perlahan-lahan Chad angkat kepala dengan wajah yang tidak beriak. Semoga Amran tidak timbulkan masalah di sini. Begitulah harapan Chad.
“Kau masih marahkan aku ke?” Tanya Chad sebagai seorang lelaki.
“By the way, aku dah lupakan. Nama aku Amran Yahya.” Amran menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Chad. Chad menerima perkenalan itu dengan tangan terbuka meskipun dia sudah kenal siapa sebenarnya Amran.
“Aqil.” Beritahu Chad sambil bersalam dan sekilas matanya meliar mencari kelibat seseorang lantas dia terlihat Ayu yang tidak jauh darinya sedang membaca majalah. Mungkin Ayu tidak sedar kewujudan dirinya di tempat yang sama. Kalau boleh biarlah Ayu tak melihatnya kerana dia tidak mahu berbanyak soal pula dengan Ayu.
“Kau masih kerja dekat situ ke?” Amran sengaja bertanya sama ada Chad masih bekerja di restoran berkenaan. Amran tidak tahu pula bahawa Chad bukan pekerja tetap di situ. Hanya membatu makciknya sahaja. Tetapi sudah lama Chad tidak menjengah ke restoran makciknya itu. Mungkin terkilan agaknya.
“Giliran kau order,” Ujar Chad menunjukkan isyarat pada Amran supaya membuat pesanan kerana sudah tiba giliran Amran. Mujurlah ada ruang untuk Chad mengelak sedetik dua.
“Tak apalah, kau la order dulu.” Amran terus berundur dan memberikan ruang pada Chad pula. Chad bertambah pelik dengan cara Amran tu yang berubah fikiran memberikan tempat itu sedangkan tadi beria-ia benda berkeras untuk memintas giliran orang lain. Chad pun tak pasti sama ada Amran sengaja atau pun tidak.
“Okey. Terima kasih.” Ucap Chad lalu membuat pesanan. Usai itu Chad kembali semual ke meja dan dia perhatikan Nora tidak ada di situ. Chad terus meletakkan tray makanan di atas meja dan cepat mendapatkan telefon bimbit di dalam poketnya lalu dia menghubungi Nora. Panggilannya tidak berjawab. Mana pula dia ni? Chad tertanya-tanya. Akhirnya Chad membuat keputusan untuk tunggu Nora di situ memandangkan barang-barang Nora masih ada. Mungkin Nora ke tandas, duga Chad positif. Sekilas dia menoleh pula ke tempat Ayu. Aik? Chad pelik.
“Kau ada nampak perempuan duduk dekat meja tu tak?” Chad dikejutkan dengan pertanyaan dari Amran yang tidak semena-mena muncul di sebelahnya. Chad menoleh. Amran juga kehilangan Ayu.
“Tak perasaan.” Sengaja Chad jawab begitu kerana dia tak nak Amran salah anggap. “Tak call dia ke?”
“Dah tapi tak jawab-jawab jugak.” Beritahu Amran. “Tak apalah.” Amran mahu menyusun langkah kembali ke meja.
“Mungkin ke tandas kut.” Chad cuba positifkan fikiran Amran dan Amran terus senyum. Jika senyuman itu adalah positif maka fikiran Amran turut positif.

***

Kedua-dua belah pergelangan tangan sedang dibasuhkan dengan menggunakan sabun. Pandangan matanya terpampang pada bingkai cermin di hadapan. Dia memerhatikan pula seseorang di sebelahnya melalui cermin itu. Seharusnya dia perlu jujur berbicara mengenai hati tetapi sebagai seorang rakan baru maka dia sengaja menyembunyikan perasaan sebenarnya.
“Apa perasaan awak pada Chad?” Ayu bertanya pada Nora. Ayu sengaja mengikut Nora sampai ke tandas.
Nora membuka alat make up dan terus bersolek memperkemaskan solekan sambil mengetap lembut bibir. Nora menoleh pada Ayu sekilas. Ayu mengalihkan tangannya usai dicuci. Tangannya terasa kering pula memandang dia berada di tempat yang terdapat penghawa dingin. Oleh itu dia mengambil kesempatan untuk membasahkan tangannya sambil ingin tahu apa reaksi Nora terhadap Chad.
“Saya perasan dari tadi kakak perhatikan saya dan Abang Chad. Saya perempuan kak dan saya tahu apa yang kakak tengah rasa sekarang ni. Kakak sebenarnya sukakan Abang Chad kan?” Ujar Nora sambil memasukkan alat soleknya ke dalam tas tangan. Ayu senyum kelat. Sememangnya itulah realitinya namun Ayu tidak dapat menjelaskan hal itu kepada Nora. Kalau itu yang Nora rasa maka baguslah. Tidak perlu Ayu berhujah panjang lebar.
Ayu cepat-cepat keluar dari tandas wanita. Dirinya seolah-olah sukar membendung rasa itu lagi. Rasa kecewa yang begitu mendalam sehinggakan jiwanya tersasar jauh. Jauh dari kesetiaan. Dia perlu belajar untuk setia. Namun Ayu mendambakan kesetiaan untuk kekasih yang dicintainya bukan lelaki yang kini menjadi tunangnya. Sedaya upaya Ayu ingin meluahkan perasaan sendiri tetapi ianya tidak semudah mengira satu dua dan tiga. Ayu melangkah laju tapi Nora di belakang cepat memintas.
Keadaan di dalam pusat membeli belah itu begitu ramai orang. Hari orang awam bercuti dan bersuka ria serta meluangkan masa bersama keluarga dan juga bersama orang tersayang. Biarpun terlakar rasa kecewa di dalam hati, Ayu masih berhenti di melangkah dan menanti ucapan Nora yang mengejar langkahnya dari tadi. Ayu sengaja melarikan diri dari sebuah erti kebenaran.
“Kakak. Terus terang akak. Akak tak perlu berdolak dalih lagi. Saya tahu apa yang kakak mahukan sebenarnya. Kakak mahu saya jauhkan diri daripada Abang Chad kan?” Sekali lagi Nora bertanya. Wajah Nora yang serius membuatkan Ayu serba salah.
Ayu cuba melangkah lagi dan memilih untuk tidak menjawab pertanyaan itu. Ayu cepat beralah. Kalau benar sayangkan Chad haruslah berterus terang. Sekiranya Ayu terlambat, Chad mungkin menjadi milik orang lain.
“Please.” Nora menarik tangan Ayu. Langkah Ayu terhenti lagi. Kali ini Ayu tunduk sugul. Nora menggenggam kedua-dua belah tangan Ayu dengan kedua-dua belah tangannya. Ayu terbungkam. “Kalau tak ada apa-apa, kakak tak akan cari saya.” Ujar Nora lagi.
“Jaga Chad baik-baik.” Ucap Ayu lantas menarik tangannya sendiri supaya dilepaskan oleh Nora.
“Kak.”
“Chad terlalu baik. Kalau awak betul-betul sayangkan dia, awak harus belajar mengenali dia. Chad tak suka perempuan yang terlalu memaksa. Lagi satu Chad tak gemar sangat membeli belah tanpa dirancang terlebih dahulu. Harap awak belajar sesuatu hari ini.” Beritahu Ayu lalu berpaling dari Nora segera mendapatkan Amran pula.
Nora tercengang. Nora sendiri sukar memahami pendirian Ayu yang sebenar-benarnya. Nora menganggap Ayu sebagai seorang kakak yang terlalu baik biarpun antara dia dan Ayu baru mengenali. Nora menggeleng perlahan dan mengingati semula ucapan Ayu sebentar tadi.

***

Semenjak dari memulakan perjalanan pulang, Ayu hanya mendiamkan diri. Berulang kali ditanya oleh Amran pun Ayu macam buat tak dengar sahaja. Dia mengabaikan sahaja setiap ucapan Amran yang bagaikan membolosi dari lubang telinga kanan ke kiri. Sesekali dia membetulkan tudungnya sendiri yang sedia kemas.
“Kenapa dengan awak ni?” Seolan yang entah ke berapa kali ditanya oleh Amran namun Ayu membisu dan melemparkan penglihatan ke luar tingkap kereta yang tertutup itu. Penghawa dingin benar-benar membuatkan tubuhnya menggiggil. Ayu melihat keadaan langit dan awan hitam sedang berarak laju.
“Macam nak hujan.” Beritahu Ayu memecah kesunyian hati sendiri. Ayu berkata-kata tanpa menoleh ke arah Amran.
“Kalau hujan sekalipun kita takkan basah. Kita kan ada dalam kereta sekarang ni.” Amran menoleh sekilas. “ Apa yang awak fikirkan lagi? Awak masih marahkan saya ke? Bukan ke saya dah janji yang saya akan berubah. Saya akan kotakan janji-janji saya yang saya takkan marah-marah lagi tanpa unsur periksa.” Tutur Amran yang masih memandu.
Bukan perkara itu yang berlegar di dalam minda Ayu tetapi ia berkaitan dengan hubungan di antara Nora dan Chad. Ayu memikirkan Chad. Ayu seolah-olah tidak dapat terima hubungan itu. Akan tetapi Ayu sendiri tidak pasti apakah makna perhubungan mereka. Adakah sepasang kekasih atau hanya kawan biasa sahaja. Itulah yang Ayu masih belum mengetahui hakikat yang sebenar-benarnya. Namun begitu, melihat dari lagak dan gaya kemesraan mereka berdua, Ayu membuat andaian sendiri bahawasanya dia antara Nora dan Chad memang ada hubungan hati dan perasaan. Sekiranya tidak masakan Chad mempamerkan riak wajah yang sungguh bahagia. Bahkan Nora juga begitu.
“Ayu.” Sebut Amran. Panggilan itu membuatkan Ayu terpisat-pisat. Dia berkhayal pula memikirkan hal yang begitu menghukum perasaannya sendiri. Cepat-cepat Ayu menoleh.
“Boleh berhentikan saya dekat sini?”
“Tak. Saya kena hantar awak balik.” Amran enggan memberhentikan kenderaannya.
Ayu mahu Amran berhenti di sebuah kedai. Kedai cenderamata. Ayu ingin melihat sesuatu yang baharu. Sesuatu yang mungkin menarik perhatiaannya.
“Tolonglah berhenti. Saya boleh balik sendiri.” Ujar Ayu. Amran berkerut dahi. Sesekali memandang jam ditangan sudah pukul lima setengah petang. Amran tidak mahu membiarkan Ayu sendirian.
“Ni yang awak buat saya nak marah ni. Tadi setuju saya hantar awak balik. Ni lain pulak. Hari kan macam nak hujan. Kalau awak dekat luar tu kebasahan dan kena demam siapa yang susah? Saya jugak tau yang susah. Apa saya nak jawab dengan mama dan papa awak nanti?” Amran memberikan alasan kengganannya sendiri.
“Biar saya yang tanggung. Ma dan pa takkan tahu pun.” Ayu degil.
“Awak tak nak saya tahu dekat mana awak tinggalkan? Saya dah tahu awak dah pindah mana. Saya sekarang ni tengah belajar menerima kawan baik awak tu. Saya tahu awak bertiga tinggal serumah. Awak, Abey dan Jue, betul tak?” Kata-kata Amran membuatkan mata Ayu terbuntang. Terkejut benar Ayu setelah Amran mendapat tahu hal sebenar. Jue? Jue ke yang beritahu? Ayu tertanya-tanya dalam hati.
Perasaan Ayu bercampur baur. Ia sungguh bersimpang siur termasuklah dia trauma menaiki kereta bersama Amran terutama sekali dengan cuaca yang mungkin membuatkan dirinya bertambah takut. Oleh sebab itu dia juga tidak mahu terus berada di dalam kereta. Ay uterus dikejutkan dengan telahan tepat oleh Amran sebentar tadi. Ayu memandang Amran lama.
“Siapa yang beritahu awak ni?” Tanya Ayu.
“Bandar ni bukan besar mana pun. Di mana-mana aje saya boleh cari awak. Dan saya tahu awak tentu fikir bahawa Jue yang beritahu kan? Dia tak beritahu apa-apa pun. Dia dah enggan cerita apa-apa dekat saya. Saya sendiri yang selidik. Bukan ke saya dah pernah beritahu awak bahawa saya akan cari jawapannya. Saya rasa jawapan yang saya cari semakin hampir.” Bicara Amran lagi. Kereta yang dipandunya tiba di persimpangan lampu isyarat. lampu isyarat itu masih hijau dan Amran membelok ke kanan. Kedai yang ingin dikunjungi oleh Ayu pula sudah terlepas sejauh 200 meter.
Amran ni macam boleh membaca fikiran aku je, bisik hati Ayu. Ayu menggosok lengan sendiri kerana kesejukkan. Barangkai benar dia macam nak demam aje. Dia melarikan pandangan matanya ke tempat tadi. Ke luar tingkap kereta.
“Am, awak tahu tak apa yang membuatkan saya rasa geram dengan awak sampai sekarang?” Ayu bernada lirih menahan perasaan sendiri.
Amran berkerut dahi. Sudah pasti Amran tidak mengetahuinya. Ada kalanya perkara yang lalu tidak perlu diingati dan perubahan yang baru mesti diberikan perhatian. Amran mengeluh sambil menggeleng.
Straight to the point je.”
“Awak macam lelaki dayus.”
Amran terus menekan brek kereta secara mengejut dan mujurlah tiada kenderaan yang mengikut rapat di belakang. Ayu hampir terhantuk ke dashboard. Amran memandu perlahan sebentar tadi. Sekiranya Honda Accord itu dipandu begitu laju sudah pasti kecederaan parah menimpa. Tindakan Amran betul-betul membuatkan jantung Ayu berdetak laju. Kalau Ayu sudah begitu apatah lagi Amran yang dibedil dengan kenyataan seperti tadi.
“Am!!! Awak ni dah gila ke? Kenapa brek macam tu? Awak nak bunuh saya ke?” Ayu yang masih terperanjat membulatkan biji matanya setelah Amran dengan tiba-tiba membrek kereta dengan cara yang berbahaya. Sekiranya terdapat kereta lain yeng mengekori rapat bagaimana? Itulah yang Ayu bimbang tadi.
“Tolong jangan naikkan darah saya.” Amran masih mengawal perasaan.
Kereta dipandu ke bahu jalan pula. Amran merenung tajam ke arah Ayu. Ayu terus keluar dari perut kereta. Amran juga ikut sama lantas meluru kepada Ayu yang sedang berkerut dahi sambil memeluk tubuh sendiri. Pintu kereta itu Ayu tutup dengan kuat. Dia melepaskan geram lantas melangkah dekat dengan pondok telefon. Ayu geram. Ayu marah. Merengus geram dirinya di situ.
“Saya tak boleh terima awak cakap saya macam tu. Saya sayangkan awak Ayu. I really-really love you. Everytime and everywhere, your face always in my heart. Kenapa awak sanggup tuduh saya yang bukan-bukan? Saya telah berjanji dengan awak yang saya akan berubah tapi tolonglah jangan cakap saya macam tu.” Amran merayu supaya tidak dituduh sebegitu rupa. “Kalau saya tak berubah saya juga berjanji dekat awak. Awak boleh memilih sesiapa sahaja tapi saya harap awak tak akan menyesal dengan pilihan hidup awak. I know you love someone but I still don’t know him.” Kata-kata Amran telah menusuk ke hati Ayu. Sungguh tidak disangka Amran terlalu berharap. Amran sungguh inginkan dirinya. Kalau benar itu adalah jodohnya maka dia perlu memikirkan masa hadapannya juga.
Ayu terkedu setelah Amran dapat menghidu perasaannya yang sememangnya mencintai lelaki lain. Lelaki yang begitu didambakan. Jikalau Amran berfikir positif sudah pasti Ayu cuba menerangkannya namun Amran selalu bertindak tanpa berfikir panjang. Perkara itu amat merisaukan Ayu.
  [klik seterusnya]

p/s : kalau suke hanya perlu klik butang "LIKE" sebagai tanda sokongan anda pada karya ni... tq

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.