Dikau puteri sanjungan hati bahkan lebih di atas medan pertempuran jiwa maka diriku terabadi dalam sentuhan pada ambang kematian setelah dikau katakan punya yang lain. Benarkah itu sayang? Betulkah itu namanya cinta? Ku tahu dikau menyepi kerana masih dalam janji semalam. Masih ingin berdiam dan masih ingin bermain silang kata. Tidak ku percaya pada janji-janji mu lagi. Tidak akan ku berlari mengejar pelangi yang jalurnya sementara yang perginya selepas sinar terang menyuluh alam.
Pergilah... pergilah padanya kerana di hati ini semakin menghilang cintaku padamu kerana itu juga yang dikau mahu, kerana dikau pula tidak mampu bersabar menanti hadirku membina mahligai kasih untukmu yang bahan caturannya adalah daripada ketulusan dan ksetiaan tapi dikau tegar meleraikan kesucian ikatan. Pergilah sayang... tinggalkan daku selamanya dan usahlah dikenang lagi sejarah semalam.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)