Entri rinduku pada kedamaian. Setiap kalinya hamba akan ke sini bila perasaan tidak menentu. Hamba rasa pagi ni redup sahaja, mata pun jadi letih mengantuk terasa hendak menyambung mimpi di siang hari namun kerja tetap kerja. Di luar sana hujan. Suasana terasa dingin dan bagaikan ingin berada dalam pelukan cinta cuma diri hamba tidak didakap oleh rindu itu. Bagaimanakah caranya untuk melebarkan sayap harapan agar rindu akan membawa hamba ke taman Syurgawi...?
Di sini ku merindu
di puncak impianku
meraih kata hatimu
dalam cinta nan satu
Jauh ku lari mengejar pelangi
alangkah indahnya mimpi-mimpi
akan ku genggam semangat ini
agar kita bertemu lagi
Kerana budi aku jatuh hati
tanpa suaramu hidupku bagai sepi
tiada hangat memberi erti
dalam kasih pusar sejati
Biarpun kelam jiwa
biarpun gundah tiba
namun ku gagahi jua
melangkah mencari bahagia
Sendu bukanlah aku
tangisan tidak berlagu
hadirlah harap diriku
dapat gembira selalu
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)