Entri Terkini :

Bila Belek~

As Salam....~~ Huh! bila hamba jadi rindu hamba belek artikel2 lalu. Masa duk google puisi-puisi yang ada terlihat pulak puisi dariku sendiri yang ada dekat blog orang lain mencerita atau mentafsir apa yang hamba sampaikan di dalam puisi itu. Kagum hamba melihat caranya. Hamba terkesima lalu hamba terfikir kenapa ada di antara kita sukar untuk mengerti akan makna yang tersirat sedangkan di dalam hidup ini terlalu banyak rahsia yang tidak kita ketahui... kita hanya mampu menilai perkara yang terlihat di hadapan mata, bagaimana dengan perkara yang ghaib? tidak terfikir logikal-nya kah? harus kita fikirkan...

Masa hamba duk jalan-jalan dekat google tu lagi, hamba ternampak ayat yang pernah hamba tulis. Ia terdapat juga di blog orang lain. Bila kita baca balik... rasa sedih dan pilu pulak... tambah lagi diri ini rasa dihargai setelah dia dan mereka meletakkan harga cintaku pada setia patah perkataan yang hamba coretkan. Betapa dia dan mereka mengambil iktibar di atas apa yang hamba sampaikan..

Di bawah ni ayat yang pernah hamba coretkan...


Seringkali aku bertanya pada diri aku... kenapa orang tidak suka pada aku? lama kelamaan, akhirnya hati aku pun berkata-kata "Bukan orang tidak suka pada kamu, tapi kamu yang tidak suka pada diri kamu sendiri," betul ke apa yang hati aku katakan ni? Bukankah selama ni manusia memang suka menilai orang dari luaran dan setelah melihat gelagat kita maka bila tidak suka mereka akan tinggalkan kita begitu sahaja? Kemudian hati aku berkata lagi, "Mungkin juga mereka tidak suka dengan diri sendiri," aku tanya kenapa? dia jawab "Mereka tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka miliki malah meninggi diri, jadi kamu mesti bersyukur dan jangan pernah tiru seperti mereka. Abaikanlah sahaja mereka yang suka menjatuhkan orang lain. Ingatlah, sebenar-benar sahabat kamu adalah mereka yang menunggu kamu di pintu Syurga," bila hati kata begitu bermakna hati ini terlalu sayangkan aku. Aku tidak boleh menghancurkannya lagi. Maka dengan itu aku perlu menjaga hati aku sendiri demi Akhirat nanti.


(C) PCDUT @ Miqael Arshad

Maka hamba dengan sendirinya akan mencermin diri hamba semula. Hamba juga insan biasa yang lemah tidak punya daya dan upaya namun dengan adanya sokongan, kita mampu bertahan. Insya-Allah.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.