Entri Terkini :

Hidup Kerana Puji, Mati Kerana Janji



Ikatlah hatimu dan hatinya dengan kasih sayang
bukanlah mainan perasaan di pentas opera keduniaan
tiada seindah kalimah Bismillah terluah di bibir
dibandingkan dengan dosa sebesar zarah tercatat juga
begitulah hari ini bukan hidup untuk selamanya...

Sukar benar baik menjadi sifat
sukar benar ilmu mengangkat munajat
yakin benar rakan impikan akrab
ingat benar membawa berkat

Namun,
sering dilupa watak jiwa
sering dilupa warna mata
sering dilupa walang tiba
sering dilupa wahyu Esa
pada Rasul dan Nabi kita
dianggap dusta oleh mereka

yang buta
yang gila
yang manja
yang telanjangi diri sendiri

yang alpa
yang leka
yang suka
yang membohongi diri sendiri

Bahagia? Kaya? Aduhai sekejap sahaja
miskin hina? Cacat rupa? Bersyukurlah
Dia Maha Mengetahui dan Dia Maha Adil

Tiada satu pun yang berbeza di mata-Nya
melainkan tahap iman dan taqwa...
segalanya ada pembalasan dari-Nya...
yakinlah jangan banggakan dirimu
di atas dunia fana tiada berkekalan...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.