Entri Terkini :

Aku Penulis Bebas Tapi Hak Bersuara Terbatas

Ha tu dia... ape cerita? hiks... siapa nak jawab beb? Jangan  main tulis aje, jangan lupa negara kita ada akta.. mcm2 akta ada okey... termasuk Akta 15? Apa pula Akta 15 tu?

Cuba fikir-fikir? mana tau kot2 dah tau ke? kalau tak tau aku beritahu... Akta 15 tu adalah Akta Hasutan 1948. Aku klik kamus DBP, klik aje.. skrg kan dah canggih segalanya di hujung jari anda... kan? Software kamus kan ade... hehe.. Ok aku serius skit... aku cari makna Akta dan Hasutan.

Menurut DBP edisi keempat, Akta bermaksud :

akta 1. undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen dsb); 2. surat sijil: ~ guru; 3. surat keterangan yg disahkan oleh suatu badan rasmi atau badan pemerintah: ~ notaris; ~ syarikat undang-undang yg mengawal pembentukan, penubuhan, pengurusan wang, dan pembubaran syarikat;
mengaktakan menjadikan sbg akta (undang-undang): perkara itu perlu dikaji dgn teliti sebelum diaktakan.

Manakala Hasutan : (hasut)

hasut; menghasut 1. menjadikan orang sakit hati atau marah kpd orang lain, mengapi(-api)kan: dia yg ~ supaya orang membenci saya; 2. menggalakkan (anjing);
hasut-menghasut saling menghasut: ~ tidak berhenti, yg kuat menindas yg lemah;
terhasut sakit hati atau marah kerana dihasut: P.M. menyatakan beliau tidak mahu membiarkan mahasiswa ~ oleh anasir-anasir politik;
hasutan kata-kata atau perbuatan menghasut: tunjuk perasaan dilakukan kerana ~ anasir-anasir anti-Amerika;
penghasutan perihal menghasut;
penghasut orang yg menghasut



(Aku copy paste aje DBP tu...)

So? apa yang korang faham? Menulis2 juga kan? Kalau berunsur fitnah habislah korang yg ghairah nak menulis tu... adess... terbatas gitu... tapi tak boleh dipertikaikan lagi. Fitnah dengan aktanya, Akta Fitnah 1957 (Akta 286) pula yang akan menjerut leher (dakwa) anda yang suka menabur fitnah... haa.. sungguh berkait rapat kedua-dua akta ini dalam dunia blogger ni. Aku pun selalu ingatkan diri aku supaya jangan terlalu ghairah menulis tanpa reseach (kaji/selidik) terlebih dahulu... apa yang korang nak kongsi? renung2 balik... apa sebenarnya yang korang mahu....

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.