Terima kasih kepada pembaca/pengunjung blog saya yang tidak seberapa ini. Kepada pembaca senyap, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian tuan/puan/encik/cik sekalian singgah ke blog saya ini.
Serba sedikit tentang diriku sebagai penulis yang baru sahaja ingin bertatih di dalam dunia penulisan yang serba mencabar ini. Pada awalnya saya cuba-cuba menulis, ya ampun saya ingat mudah dan sampai sekarang saya masih belajar dan belajar memperbaiki kelemahan saya.
Dengan sokongan anda dan penulis-penulis yang lain, saya dapat belajar satu perkara, yakni penulisan adalah daya kita berfikir. Sungguh tidak mudah. Saya masih gagal menguasai bahasa dengan baik. Sastera saya agak rendah. Penceritaan saya juga agak kabur. Sukarnya untuk mengarap sesebuah cerita. Saya masih dan masih mengulangi kesilapan yang sama dan serupa.
Kadang-kadang saya rasa kecewa. Namun apalah daya, saya hanyalah insan biasa yang punyai banyak kekurangan.
Saya seorang yang agak malas. Hehe.. malas untuk berfikir. Sampai satu tahap saya boleh sakit kepala. Hiks! Okey.. latar belakang saya. Saya seorang berbangsa Melayu. Berasal dari Terengganu dan berumur 2+ tahun. Masih bujang. Heee...
Rasanya itulah kot. Kalau ada apa-apa yang tak kena ke dengan karya saya, sudi-sudilah komen :-)
Sekian. Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)