Entri Terkini :

Tulis Novel Dapat Duit

Salam sejahtera rakan-rakan pembaca dan blogger. Ada di antara kita teringin nak jadi penulis. Tak kirahlah nak menulis apa pun, artikel, cerpen mahupun novel. Apa yang paling penting adalah usaha yang dilakukan ke arah itu. Soal wang, itu kemudian.


Sebagai permulaan, saya menulis di blog. Seperti sekarang, saya berkongsi artikel ini dengan anda dan anda sedang membacanya. Ini merupakan salah satu komunikasi antara kita. Bila saya berbicara dalam bentuk penulisan, anda membacanya pula. Jesteru ia menjadikan komunikasi satu hala. Bagaimana untuk menjadikan ia sebagai dua hala antara anda dan saya? Lantas pertanyaan ini membuatkan kita rasa ingin saling mengenali.

Maka, Q n A. Question and Answer merupakan satu cara untuk kita merungkai segala persoalan yang bermain di kaca minda. Mungkin juga kita ingin tahu bagaimana caranya untuk menulis. Sebagaimana saya juga ingin tajamkan cara penulisan saya. Nah! Sekarang saya terus menulis dan menulis kerana saya ingin ubah cara saya. “Kenapa ya? Kenapa mahu ubah?” Bagi saya setiap gaya bahasa atau penulisan perlu melalui proses revolusinya tersendiri. Membaca mampu menilainya apabila mereka sering ikuti apa yang kita tulis.

Jadi, kita perlu menulis dengan erti kata ianya punya maksud yang tersirat. Pembaca yang mampu menggali akan dapat modulnya. Setiap mesej yang disampaikan dalam modul cerita itu merupakan tunggak penyampaian. Saya juga belum mampu untuk membawa pembaca terbang ke satu dimensi yang betul-betul membuatkan pembaca ikut terbuai. Saya belum lagi ke tahap itu kerana setiap penulis punya kelebihan masing-masing. Malah saya akui, setiap karya saya punya cara yang berbeza. Ciri-ciri seorang penulisnya juga tidak sama antara satu sama lain. Itu terserah idea dan cara seseorang penulis itu sendiri. Konsep dan ciri khas juga penting, kerana merupakan trandemark (Identiti) untuk dikenali.

Saya menulis kerana apa? Atau kita menulis untuk apa? Sekarang saya menulis adalah untuk berkongsi cerita saya. Apabila saya berkongsi itu tidak bermakna diri saya 100% seperti itu. Saya menulis seolah-olah sedang mengikuti acara. Seadainya jadual itu sedang waktu rehat, maka saya akan rehat. Bila acara itu bermula sedetik lagi, saya akan mula lagi menulis mengikut keadaan itu. Jadi ia tidak seperti saya.

Mungkin juga anda menulis untuk wang. Apa salahnya menulis untuk wang, kerana itu hasil karya anda. Penat lelah anda maka berbaloi seandainya usaha anda lakukan itu mendapat pulangannya. Ada juga menulis semata-mata untuk berbagi. Itu juga tidak salah. Ia terpulang pada kotak pemikiran masing-masing. Asasnya, menulis perlu idea yang segar yang boleh dijual kepada pembaca dan sekaligus pembaca dapat manfaat dari bacaan itu. Bahkan pembaca juga turut menjadikan buku-buku itu sebagai rujukan dan punya motivasi dalam kehidupan.

Perkara yang paling penting dalam menulis bagi yang baru berjinak-jinak untuk menulis adalah banyak bersabar dan tenang. Jangan mudah berputus asa. Saya juga merasakan perkara yang serupa sampai sekarang tetapi kalau kita berputus asa sebelum melihat hasilnya maka kita orang yang kalah. Dunia penulisan memerlukan ketabahan dan kesabaran dalam memperkenalkan karya anda. Ia tak semudah apa yang kita sangka. Tetapi kita punya kekuatan untuk bertahan. Jadi bertahanlah selagi mampu dalam dunia penulisan ini. Pembaca punya kelompoknya yang tersendiri, oleh itu kita perlu tahu cara bagaimana menarik minat mereka.

Karya anda akan dikenali setelah mengharungi duri ranjau. Percayalah, di penghujungnya ada kebahagiaan setelah mengharungi kesulitan, maka jangan mudah lelah dan bertabahlah. Kalau dapat pulangannya, itu merupakan satu bonus., Ikhlaskanlah hatimu dalam menulis. Tulis cerita yang dekat dengan anda yang anda boleh tulis untuk dikongsikan dengan masyarakat. Bukan mengada-ngadakan sesuatu yang canggung untuk anda tanpa research terlebih dahulu. Hasilnya sudah tentu kurang mampat. Begitu juga dengan karya saya. Maka sama-sama kita perbaiki mutu penulisan agar tidak terus diulit mimpi ngeri.

“Siapa yang mahu mengangkat karya kita?” Ini persoalan terus berlegar di ruang pemikiran yang mendorong ke arah negatif. Kita! Diri kita sendiri yang mengangkatnya. Jangan malu untuk mendukung karya sendiri. Kalau kita malu, maka orang tidak kenal. Bila orang tidak kenal maka karya kita akan tenggelam. Ingatlah, kalau bukan kita, siapalah lagi? – Miqael Arshad

Karya terkini saya :-

Abang Pailang Ke?
Datang Tanpa Cinta

Nama pena yang digunakan : 
ZAHIRAH RAMSA

Order : Mesej di Facebook : Penebitan Taikoseni <=- KLIK

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.