Entri Terkini :

Novel Suamiku Gangster Sedia Dirompak

Hi. Apa khabar buat pembaca blog kesayangan saya? Saya harap kalian sihat sejahtera. Sekian lama menyepi dalam dunia penulisan. Alhamdulillah kini saya kembali dengan dua buah novel berjudul Abang Pailang Ke? Judul asalnya merupakan Suamiku Gangster dan juga Datang Tanpa Cinta. Jadi kepada reader saya yang tertunggu-tunggu entri cerita tersebut (Suamiku Gangster), "Mana cerita tu pergi? Dah lama tak update?" Sekarang ia lahir dalam bentuk buku.


Korang boleh contact saya direct di fb kalau nak order buku ni. Buku ini dikeluarkan dalam Edisi Terhad. Kepada yang merindui dua watak utama, Haris & Shafika, jangan lupa dapatkan ia melalui saya atau korang boleh search dekat mana nak dapat buku ni.

Saya juga nak maklumkan, buku ini tiada di kedai buku berhampiran anda. Ia boleh didapati melalui pembelian online sahaja. "Kenapa?" Sebab saya nak berhubung secara terus dengan anda yang menjadi kesayangan saya. "Eh? Kenapa nama lain?" Kalau nama menjadi persoalan, biarlah saya terangkan, itu nama pena. "Kenapa nama perempuan?" Kerana itulah nama yang terlalu istimewa.

Untuk buku seterusnya juga, Datang Tanpa Cinta turut boleh order dengan saya dan juga FB Penerbitan Taikoseni. "Tak ada harga istimewa ke?" Sudah tentu ada untuk memiliki kedua-duanya sekali. Jangan segan-segan inbox fb saya nanti ZAHIRAH RAMSA. Nak add friend pun boleh. kalau nak contact penerbit pun boleh, mesej je Facebook ini Penerbitan Taikoseni (Klik nama tu)

"Novel Abang Pailang Ke? berkisah tentang apa?"

Kisah gangster, dunia orang jahat. Jahat tu macam mana? Jahat tu saya adaptasi ke bentuk penulisan. Itulah makna pailang. KEJAHATAN. Itu pun saya dapat dari seorang kawan berbangsa Cina. Biasalah itu bahasa kongsi gelap.

"Apa kaitan kongsi gelap dengan cinta?"

Banyak pulak soalan, kan? Hihi... biasalah cinta itu buta. Jangan ingat orang samseng tak tahu bercinta. Bila dah reti bercinta, jadilah thriller romantic punya cerita, kan...

"Itu kisah Abang Pailang Ke? Apa kena mengena pulak dengan Novel Datang Tanpa Cinta?"

Kisahnya dari dunia hitam (Dunia gelap) itu dari sisi hidup mereka yang berkecimpung dalam bidang berniagaan yang kita sendiri pun tak nak buat. Tapi ia ada di antara kita tanpa kita sedar. Kisah cinta di antara dua insan, Khalil Ibroni dan juga Puteri Diana. Kemelut yang melanda dalam hidup Puteri Diana itu sendiri dirogol secara bergilir-gilir sebelum dilacurkan. Itu kisah yang berat bagi tanggapan segelintir tapi saya bawa dalam emosi yang berbeza. Tentang Khalil Ibroni, pertemuan mereka direncana Tuhan. Itulah takdir. Nak tahu bagaimana kisah cinta mereka bermula? Kena dapatkan novel ini untuk tahu kaitannya. ^_^




Novel Suamiku Gangster Sedia Dirompak (Tajuk bikin gempak, jangan marah hah...)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.